Monday, August 6, 2012

DLCW...we love u!!!.....

Aku rasa hari ni rakyat Malaysia mesti dalam mood bersedih kan...sebab Dato Lee Chong Wei yang membawa harapan berjuta rakyat Malaysia untuk mendapat gold medal yang pertama bagi olimpik semalam, tewas kepada Lin Dan...ni memang musuh tradisi dia lah kan..ish..mesti tersengih2 lah tu kan si Lin Dan tu sebab dapat kalahkan LCW kan...ish..menyampah aku..eh!!!aku pulak yang emo kan...

takpe Dato...walaupun kita kalah (eh, kita lah pulak kan...)..tapi sokongan kami pada Dato ' tak pernah pudar ye...sekurangnye LCW ni telah memberikan yang terbaik dan kalah dengan bermaruah...takdelah dia hempas2 raket badminton atas gelanggang kan...:)


ni gambar masa dia ambil pingat tu, kesiannye aku tengok muka LCW ni masa ambil pingat silver tu..memang nampak dia lepas menangis kan....yelah, besar amanat yang dia angkat atas bahu dia yang kurus tu kan...(oh ye, tak merasalah rakyat malaysia nak beratur depan baskin robbins hari ni kan....)..and ada lagi gambar yang dia dok kesat ari mata masa Lin Dan dikalungkan emas...

ok...aku sebenarnya takdelah minat sangat kat sukan ni...tak kisahlah football ke, badminton ke, bola keranjang ke, basikal ke apa-apa ke sebab aku ni bukan jenis bersukan kot...tapi pasal LCW ni, aku ikuti lah jugak sebab si twin tu peminat dia...pasal dialah anak2 aku tu mintak aku beli raket badminton (raket dah patah dah hah...camne depa main pun aku tak tau..tapi aku pun beli raket murah aje RM5 aje hah..hahaha...weh, tak kan aku nak beli yonex kot, kalau depa betul2 nak jadi LCW/Misbun Sidek ke bolehlah jugak aku nak invest kan....ha haha..)..

and pasal dialah, anak2 aku dok mengumpul komik Jejak Libasan Jaguh yang kisah pasal LCW ni...kira mcam biography dia lah kan tapi sebab bebudak tu tak reti lagi baca biografi, so komik ni lah yang depa dok cari ...lagipun dalam komik ni ada gambar2 LCW dari masa dia sekolah lagi....and komik ni mahal jugak tu...RM15 sebuah....aku ni jenis tak perasan pulak harga tu mahal lagi dari komik biasa (RM8.50)...so sesedap hatilah anak2 aku dok ambil kan...sampai dah 2-3 kali beli, baru aku perasan harga dia lagi mahal...tapi nak buat camne kan, dah bebudak tu minat sangat kat dia nih...



and before olimpik tu kan, LCW ni cedera kat pergelangan kaki dia..mak aii..anak2 aku tu, hari2 dok tanya "LCW ni dah baik ke tidak ibu...nanti dia tak boleh main kat olimpik tau kalau dia tak baik nih"...."korang nak suruh dia baik cepat,doalah utk dia...ish..tu pun tak tau ke.." ...and bila LCW kata dia akan sembuh utk olimpik...waaah..bukan sekadar anak2 aku yang happy, berjutai rakyat malaysia yang happy kan....

ok on the serious note, aku sebenarnya tak tengok pun dia lawan last night sebab ada majlis berbuka puasa kat surau depan umah aku ni bersekali dengan ceramah agama sempena sambutan Nuzul Quran dan memperingati Perang Badar...balik dari terawih tu, match pun dah habis dah...and aku tengok bebudak 2 orang tu dah terdampar tertidur kat depan tv dah hah....

and pagi ni, masa aku tengah drive, aku memang biasa dengar sinar FM tu....and barulah aku tau yang LCW ni kalah semalam....first set tu dia menang kan...pastu 2 set tu dia kalah...and bila aku dengar tu, terus rasa sayu pulak...ni anak2 aku tak tau lagi nih ....tapi confirm kat sekolah nanti dia tau punya...

and pada aku lah kan, aku rasalah kan..pada seseorang yang bergelar athlet harapan negara kan..apa yang LCW ni nak, sekiranya dia berjaya mendapat emas adalah melalui satu moment perasaan..perasaan apa ye....perasaan yang tak dapat digambarkan.... perasaan itu bukanlah rasa bangga ketika emas itu dikalungkan ke leher nya...tapi rasa bangga yang tidak dapat diucapkan apabila lagu NEGARAKU berkumandang di seluruh stadium di London itu dan didengari oleh semua athletes dari serata dunia termasuk penduduk dunia (Republik China tooo) yang menyaksikan perlawanan itu ..ya saat itu amatlah priceless dan tak dapat digambarkan..pada sesiapa yang berpeluang mendengar lagu NEGARAKU dinyanyikan di bumi asing, korang fahamlah macam mana perasaan bangganye dalam hati ni...meremang bulu roma tau....menitik air mata tau....and aku rasa itulah moment yang paling didambakan oleh LCW nih and semua rakyat malaysia (bukan ice cream baskin robbin tu...itu sekadar selingan aje....sharing the happiness kan...)


pagi tadi Sinar FM pun ada memainkan lagu NEGARAKU di radio...semangat aku mendengar, and memang betul..kalau amati betul2 lirik lagu NEGARAKu ni, memang meremamg bulu roma kan...pastu pasang pulak lagu MALAYSIA BOLEH and then lagu STANDING IN THE EYES OF THE WORLD....

Ok.. walaupun kita tidak dapat mengecapi the sweetest glory pada tahun ini, takpe Dato..kita cuba lagi 4 tahun nanti..yang penting, Dato kena jaga kesihatan tau... kami rakyat malaysia akan sentiasa berada di belakang Dato....cheers!!!!! ..and mana tau, kot ada rezeki lebih, boleh sokong Dato tepi gelanggang ke next time....ha ha ha..

p/s: gambar semua aku ambil kat google
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...