Tuesday, December 13, 2011

chicken soup anyone?

ni bukan chicken soup campbell ye....

ni siri chicken soup buku tu...aku memang minat series ni sebab cerita pendek-pendek, sedap baca sebelum tidur...kira bolehlah nak khatam 5-6 cerita sebelum tidur kan....

satu kebaikan baca buku cerita-cerita pendek ni kan, ia tak akan membuatkan mata kau merah esok hari dalam pejabat, sebab kau tidur subuh hari, sebab kau ketagih nak habiskan jugak cerita tu hari tu jugak...

korang mesti pernah alami kan, nak-nak kalau novel tu memang best...memang tak tahan lah nak habiskan dan-dan tu jugak...

jadi bagi aku, kalau novel 1 cerita tu, baik aku baca time weekend..so nak tidur lepas subuh pun, takpe...walaupun sekarang ni sindrom ketagih novel ni tak lah seteruk zaman bujang dulu...

and buku cerita compilation cerita-cerita pendek, memang sesuai di baca masa hari-hari bekerja...

oh ye...buku baru ni aku beli 3 minggu lepas, kebetulan aku pi alamanda and ada sales buku RM5 tuh, and ada a few series chicken soup ni...

dah memang aku suka series ni kan..terus rembat 6 biji...total baru 30 hinggit...kalau harga biasa, sebijik pun tak lepas lagi tu..

kali ni aku beli series mother and son, writer, pet lover, grieving soul, gradener and grand and great...yang kat bawah ni...

yang aku dah habis baca cuma grieving soul tu....now tengah habiskan cerita atuk nenek pulak..

and dlam buku ni ada pulak cite pasal lalita tademy ni...cite dia quit her job, high managerial post sebab dia nak cari susur galur keluarga dia...kira cite dia nak cari asal great-great-great grand mother dia yang mula-mula datang ke US as slave...dalam cite tu jugak tulis yang dia berjaya dapat salinan resit (ye ke zaman dulu-dulu panggil resit..adalah nama dia tapi aku tak ingat..) penjualan moyang dia sebagai hamba tu kepada tuan dia....

dalam cite pendek dia tu jugak dia cerita. lepas dapat semua info tu, dia akhirnya tulis satu buku, cam biographylah tapi bentuk penceritaan...tentang asal moyang dia yg datang Amerika tu...tajuk buku tu Cane River (tempat moyang dia bekerja sebagai slave tu lah)...and buku ni box-office jugak..

ni aku google buku tu Cane River...gini rupanye buku tu...masuk Oprah's Book Club tuh...and yes, dalam cite pendek tu pun dia cite bila dia terima phone call dari Oprah, dia mula-mula ingatkan kekawan dia dok main-mainkan dia, menyamar jadi Oprah...sekali betul-betul That Oprah yang call...ha ha ha..

and now, dah aku meroyan nak cari buku ni pulak...and buku n adalah 1 novel...wajib baca time weekend aje....

selamat membaca di waktu cuti ye..(aku tau ramai yang tengah bercuti atau akan bercuti time krimas nanti...)

p/s: semalam masa aku tengah dok baca cite grand and great tu, Johan masuk bilik, duk tepi aku..pastu dia cakap.."Oh, ibu baca cite atuk ye..ni gambar tangan tok ayah kan..."..ha ha ha..depa baru balik ke sini lepas 3 minggu dok kampung, mesti tengah rindu kat tok ayah and tok mi depa tu...kwang!kwang!kwang!...

6 comments:

Small Kucing said...

My friend gila Chicken Soup Books. She will buy all. Especially hari tu jump banyak kat Payless books sale. You know about Payless books kan?

kathy
http://www.smallkucing.com
http://mamakucingbooks.blogspot.com

MOKCIK AZWA said...

Mokcik pun suka bangat baca chicken soup nie...

Anonymous said...

Marie,i am happy to note that you like reading,ni ada pantun sikit buat tatapan ok.Senyum selalu Sweet Marie.

Bunga melur dalam jambangan,
Di tepi kolam menjadi hiasan.
Uncle AL berpantun buat renungan,
Semarak Nilam empunya wawasan.

Amalan membaca budaya mulia
Ilmu bertambah amat berharga
Hidup bahagia dengan membaca
Jadikan membaca khazanah bangsa.

Amalan membaca amalan mulia
Dituntut agama dan juga bangsa
Insan membaca banyak ilmunya
Bekalan hidup sepanjang masa

Mekar sejambak bunga gubahan,
Jatuh sekuntum di atas peti,
Membaca itu suruhan Tuhan,
Al-alaq diturun menjadi bukti.

Cerana kesumba indah melati,
Cantik tersemat dambaan puteri,
Ilmu ditimba sepenuh hati,
Kekuatan umat minda bestari.

Harum sungguh bunga kemboja,
Bunga karangan cantik tersemat,
Janganlah membaca kulit sahaja,
Telitilah kandungan sehingga tamat.

Mekar angsana pandang tak jemu,
Bunganya luruh ke dalam raga,
Buku laksana lautan ilmu,
Dasarnya penuh mutiara berharga.

Daun nipah kajangnya rapat,
Hidangan tetamu di Kuala Maran,
Buku menyimpan berjuta maklumat,
Fakta, ilmu, cereka hiburan.

Anak muda pulang ke desa,
Ibu dan ayah lama menanti,
Warga membaca tak buang masa,
Khutub khanah teman sejati.

Pohon pedada di dalam taman,
Jadi idaman si anak rusa,
Marilah anakanda marilah teman,
Kita membaca sepanjang masa.

Meniti senja biasan mentari,
Merkah setitis menjelang kabut,
Bacalah baca setiap hari,
Tak akan habis ilmu dituntut.

Cantik sungguh si bunga kejora,
Buat hiasan di hari raya,
Marilah sahut seruan negara,
Bangsa membaca bangsa berjaya.

nah tu dia bolih serapkan pada twins ok keep with the smiles and live life to te fullest salam dari Uncle AL.

marie said...

Mamarazi SK, yes, i know about Payless book tu tapi tak pernah pergi, jauh sangat...my fren pun recommend i pi sana, buku harga murah lagi...maybe oneday akan pergi jugak, bila weekend hubby tak kerja...

thanks...

p/s: wah..now only know mamarazi ada blog buku ye..

marie said...

Azwa...kalau baca chicken soup ni, kena siapkan tisu jugak kan..he he he..:)

marie said...

Uncle...saya ni baca buku cerita memang rajin, tapi cuba buka management ke, ideologi ke..alamak lambatlah sikit..cuma stephen covey 7 habit of highly effective people tu aje yg cepat habis...sebab dia letak banyak cerita jugak dlm tu..he he he..

adik saya cakap.."ni umur2 kak long, kenalah start baca buku agama jugak.."..ha ha ha..betui jugak tu kan...

uncle...ini macam punya boria, saya terus angkat bendera putih lah...:)

see u uncle...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...