Sunday, August 23, 2009

tempoyak goreng

Hari ni pagi-pagi dah start memasak ... sebab ptg nanti nak hantar si Jaja balik asrama...so nak kena siapkan bekal berbuka posa dia...

hari ni menunya...kari tulang rusuk kambing...semalam pi Maidin Putrajaya, murahlah pulak harga tulang rusuk kambing tu dia jual..apa lagi...kecurlah air liur teringinkan kari kambing..almaklumlah posa kan..semua sedap kan..

pas tu Jaja minta buatkan sambal ikan bilis buat bekal dia masa berbuka kat asrama nanti..tapi sebab tengok dlm peti ais tu,tempoyak musim durian lalu tu ada banyak lagi...tukarlah ke menu tempoyak goreng...dah lama tak buat resepi ni..

gambar...minggu depan Insyallah baru paste ye sebab wayar kamera tinggal kat opis..lagipun kat umah ni, kalau nak upload gambar..azab yg amat...line slowwww giles ye..

ni nak share resepi tempoyak goreng yg saya modified mengikut apa yg ada di dapur ye..


SAMBAL TEMPOYAK GORENG

Bahan-bahan

Ikan bilis segenggam - goreng garing
Tempoyak - 1 senduk
Bawang merah 2 ulas - tumbuk halus
Cili padi - ikut nak rasa pedas korang - ditumbuk halus bersama bawang merah
Minyak utk menumis
Garam & gula secukup rasa

Cara Membuatnya

Goreng bilis garing, ketepikan.
Panaskan minyak, tumiskan cili yg ditumbuk bersama bawang
Masukkan tempoyak, garam & gula secukup rasa.
Akhir sekali masukkan ikan bilis. (kalau korang nak makan terus, tak nak simpan lama, boleh jugak gunakan udang fresh tu ye)
Hidangkan bersama nasi panas


ni kalau dgn kembung goreng dan ulam..mau dua pinggan ku makan ni

selamat mencuba ye..

resepi ni boleh simpan 3-4 hari..letak dlm fridgelah ye...
p/s: ade org masukkan sekali petai kt dlm tu…

2 comments:

adie-ishmael said...

lenkali tempek gambar...nak tengok masak rusuk kaming tu(suka segalanya bout kambing ni)...temoyak goreng? tak pernah tahu...

N.M.Ibrahim said...

adie....gamabr pasti menyusul nanti...don't worry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...