Friday, August 13, 2010

Apabila saya balik kampung...

Walaupun kami sepatutnya bercerita ttg ini sejak hari isnin tetapi sebab ibu saya malas hendak upload gambar..maka hari ini barulah dpt kami bercerita ttg apa yg kami buat semasa balik kampung 2 minggu lepas..


Ini pemandangan di hadapan rumah Tok Mi dan Tok Ayah kami di waktu pagi..maaflah gambar tak cantik sebab ibu kami cuma pakai tepon kamera sebab kami telah merosakkan camera digital ibu kami...ibu kami kata dia akan gunakan duit tabung kami untuk membeli kamera baru sebagai ganti..nampaknye tak dapatlah kami nak beli basikal baru..oh ye..kami telah meminta ibu kami menjadi photographer kami secara percuma sebab ibu kami mmg taraf rendah dari amatur..


Disebabkan sekrang adalah musim durian, maka kami tidak melepaskan peluang utk pergi ke dusun Tok Yang kami...walaupun kami tak sempat mengenali beliau kerana Tok Yang pergi menemui Allah 2 minggu sebelum kami dilahirkan tetapi kami masih sempat merasa hasil titik peluh Tok Yang kami menanam pokok durian di kebunnya..
pada hari pertama..kami pergi agak lewat..makanya kami cuma dpt 2 biji durian kecik seperti di bawah sebab ramai org yg tidak kami kenali dan bukan sedara mara kami yg suka pergi "ambik" durian Tok Yang...

Walaupun hari pertama cuma dapat durian kecik..kami tidak berputus asa..
Hari-hari seterusnya, kami bangun seawal 6 pagi untuk pergi mencari durian di dusun Tok Yang...wah..mmg best walaupun digigit nyamuk sebab dapat banyak durian..ibu kami masih sedap tidur ketika kami keluar mencari durian dan beliau akan segera bangun untuk menikmati hasil yg kami bawa...sebagai anak yg baik, kami redha...


Selepas ke dusun Tok Yang, kami pergi pulak ke kebun Tok Ayah...jaraknye agak jauh juga dari dusun Tok Yang..lebih kurang 30 minit...
Tok Ayah baru mula menanam di kebun ini awal tahun ini..skrg Tok Ayah tanam pokok pisang sebab semua jiran2 Tok Ayah pun tanam pokok pisang..nanti boleh jual dengan sapa tah..kami pun tak pasti..yg pasti kami tak mampu memakan pisang sekebun ini..mungkin Tok Ayah hendak memulakan perniagaan kerepek pisang kot..

Sebelum bekerja..kami makan dulu bekalan yg dibawa..disebabkan kami makan di atas parkir yg belum siap, disimpang pokok2 pisang..maka nasi sebungkus sorang yg Tok Ayah beli adalah tidak mencukupi...lain kali Tok Ayah kena beli 2 bungkus sorang..

Di watu petang..sekiranya kami berkelakuan baik, maka ibu kami akan membenarkan kami utk mandi di laut di hadapan umah Tok Ayah dan Tok Mi...
ini merupakan aktiviti yg paling kami suka..maka kami pun berlakon menjadi anak yg baik...

Semasa kami balik baru-baru ini, bersekali pulak dgn musim ketam apatah nama...ketam ini kecik2 aje..lebih kurang telapak tangan baby tapi amat banyak..
hari itu, pakcik kami berjaya menangkap 130 ekor ketam ini dgn mengunakkan umpan isi ikan diletak pada pacak kayu...kami cuma menjadi penjaga ketam...

Pada malam hari..kami kena bersembahyang jemaah bersama Tok Ayah dan sepupu-sepupu kami..
Selepas sembahyang..kami akan mengaji pulak dengan Tok Ayah kami...kami sgt takut mengaji dgn Tok Ayah sebab Tok Ayah ada rotan panjang dan tebal ... jadi semua kena mengaji betul2..tak boleh main-main.
Ini gambar kami bergaya dgn kain pelikat kami yg pertama..ibu kami beli utk digunakan semasa terawih di bulan Ramadhan tetapi sebab kami tidak sabar...kami pakai jugak dulu...

Di sebelah Adam yang sedang mengaji itu, adalah Angah, sebelah Angah ialah Along dan yg nampak tudung sahaja itu adalah Achik. Mereka merupakan kawan baik kami. Tetapi memandangkan kami balikk ampung di waktu persekolahan, maka kami hanya dpt bermain dengan mereka setelah mereka pulang dari sekolah. Hari-hari kami tunggu mereka balik dari sekolah di rumah Tok Ayah. Pukul 3.30 ptg, van sekolah mereka akan menurunkan mereka di rumah Tok Ayah. Kami amat suka hati melihat mereka turun dari van sekolah sebab lepas itu, kami akan bermain sehingga Tok Mi marah sebab bising sgt.

Itulah aktiviti kami sepanjang di kampung semasa kami ponteng sekolah selama 1 minggu. Kami amat suka tinggal bersama Tok Ayah dan Tok Mi. Mereka juga suka menyuruh kami tinggal bersama mereka dan berjanji akan membelikan kami basikal supaya senang kami ke sekolah. Sekolah itu tidak jauh dari rumah Tok Ayah dan Tok Mi. Kami amat suka dan sudah berangan untuk mendapat basikal baru tetapi bila kami bertanya pada Ibu..ibu dgn muka yang mana akan bertukar menjadi dinasour menjawab...TIDAK BOLEH...
Sekian. Salam sayang dan peluk cium dari kami kepada semua pembaca.
Johan & Adam

2 comments:

shahhana said...

cantiknya kg abg adam dan johan. haziq dah setahun tak balik kampung sejak raya tahun lepas...mahu tak cukup kaki berlari nanti...

marie said...

mmg best sungguh lah...nak2 tak yah pi sekolah seminggu gitu kan..haziq, mai lah main kat umah abang adam and johan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...