Monday, August 9, 2010

Saya sayang cikgu-cikgu saya

ye saya tau...ni bukan sambutan Hari Guru ke Hari Cikgu...

tapi takpe..saya nak menulis jugak ttg kisah guru..

rasanya kalau guru takde..mmg saya ni tak akan reti membaca, menulis semua..

banyak kita terhutang budi pada cikgu kan..

sebab itulah saya amat menghormati mereka2 yg bergelar cikgu ni...

dulu...apa sahaja kata cikgu..semua betul..

hatta pernah sekali cikgu tersalah semak kerja saya...jawapan saya sebenarnye betul tetapi cikgu tersalah mark salah...puas ibu saya cakap yg jawapan saya itu betul...

tapi pada saya...oh...tidak..mana boleh cikgu salah kan....cikgulah umat paling pandai di mata saya...so saya tetap mengatakan cikgu betul..sehingga mak saya terpaksa cakap dgn cikgu tu tetang kesilapan marking tu..nasib baik mak saya kenal cikgu tu...bila cikgu akui dia silap...baru saya turut mengakui yg jawapan saya yg asal adalah betul..

besar kan pengaruh cikgu pada diri kita...

skrg pesan saya pada anak2..belajar rajin2...ikut cakap cikgu tau...

ok..sebenarnya saya nak bercakap ttg pengaruh cikgu pada anak murid...sebab saya rasa murid2 skrg esp those in primary school really look highly to their teachers kan...setiap perilaku guru ini akan menjadi ikutan anak muridnya...

dan hari sabtu lepas, saya berkesempatan membawa twin saya tu ke Pusat pemeliharaan gajah di Kuala Gandah...and kebetulan ada serombongan murid2 sekolah rendah bersama kami pada hari tersebut..

ketika di kaunter pendaftaran, guru rombongan tersebut membuat pendaftaran di kaunter sebelah saya...sambil saya menulis nama dlm borang pelawat tu..saya dengarlah perbicaraan antara cikgu tersebut dgn pegawai pusat tersebut..

tiada apa yg pelik ttg perbualan mereka..berkisar tentang aktiviti di pusat tersebut, bila masa tontonan video etc...

bahasa yg digunakan oleh cikgu itu juga amatlah bersopan..mmg saya suka kalau anak2 saya menggunakan bahasa tersebut..and cikgu itu kedengaran amat gembira dgn telatah anak2 didiknya..

tetapi apa yg sedikit mencalarkan hati saya ialah penampilan guru itu...guru itu seorg lelaki dlm lingkungan umur pertengahan 20'an...sihat tubuh badan..cumanye..mukanye jelas ber'foundation'..kening nipis begitu dan suara lembut seperti perempuan..

saya tidak tau mcm mana nak katakan tetapi saya sedikit khuatir akan pengaruh cikgu sedemikian kepada anak murid..

tidak saya mengatakan beliau tidak commited dlm menjalankan tugas..sebab saya puji kesungguhan beliau melayan kerenah anak muridnya yg seramai lebih kurang 40 org, saya rasalah lebih kurang cam tu ramainya sebab takdelah saya kira pulak berapa ahli rombongan beliau atau busy body pulak saya pi tanya cikgu tu.."berapa ye semua murid2 cikgu ni?"..

cuma saya berdoa..beliau akan berubah menjadi lelaki sejati...

sebab saya juga tidak memahami golongan tersebut kerana we are not in their shoes..kata mereka, itu adalah kehendak Allah tapi pada saya, itu adalah dugaan Allah utk melihat sama ada mampukah kita melawan nafsu yg salah itu..

saya tidak mahu mengatakan apa2 tentang kecendurangan seksual cikgu tersebut..mungkin dia cuma seorang lelaki yg berpewatakan lembut dan berjiwa lembut..saya tiada masalah dgn lelaki sebegini kerana saya juga punya rakan2 sebegini dan saya selesa dgn mereka kerana walaupun mereka berpewatakan lembut, tapi masih berjiwa lelaki...masih suka melihat wanita2 cantik..

tetapi yg saya hairankan adalah kecenderungan cikgu tersebut utk memakai 'foundation" yg saya kira sebagai make up and bercukur kening nipis...

tetapi baiklah saya tidak berburuk sangka..and mendoakan lelaki tersebut kelak tidak akan mencantikkan wajah seperti wanita kerana sesungguhnya pekerjaannya itu, amatlah banyak mendatangkan pahala dan keberkatan..semoga keberkatan kerjanya akan menjadikan beliau seorang lelaki sejati kelak..

amin..

p/s: saya sayang semua cikgu-cikgu saya..dan guru yg paling best ialah ibu saya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...