Pertama-tamanya saya memanjatkan rasa syukur pada Allah atas rezeki yang dikurniakan dan memberi peluang pada saya dan suami untuk menyahut seruanNya bagi mengerjakan umrah pada tahun ini....Insyaallah...
Insyallah pada ketika entry ni dipamerkan di blog saya, saya (entry ni saya guna kata nama saya ye...he he he) dan suami telah memulakan perjalanan kami untuk menunaikan umrah selama 12 hari .... flight dijangka berlepas jam 10 pagi Jumaat 30 mac 2012 ...kami akan ke Madinah dahulu selama 3 hari dan kemudian bertolak ke Mekah untuk menunaikan umrah...Insyallah akan berada di Mekah selama 9 hari...
Saya dan suami dengan rasa rendah diri, meminta ampun dan maaf sekiranya ada salah silap selama ini, minta halalkan jugak mana yang kami termakan minum...dan doakan kami selamat menjalani ibadah umrah dan ziarah di sana...
saya juga ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih, ikhlas dari hati saya pada kedua-dua ibu bapa saya, Uncle Al (terima kasih banyak-banyak Uncle Al atas semua nasihat dan kata-kata perangsang yang uncle berikan dan jutaan terima kasih juga kerana uncle banyak share blog-blog berkenaan umrah serta doa-doa/tips yang uncle kongsikan...terima kasih seikhlasnya dari hati saya...), ustaz Amin serta kawan-kawan termasuk kawan-kawan yang telah ke sana atas kata-kata perangsang dan nasihat kepada kami....
Masjidil Haram, Mekah Al Mukaramah...
Masjid Nabawi, Madinah
Kami benar-benar berharap agar diri ini dapat menjadi tetamuNya....semoga Dia sudi menerima kami....sudi memberi peluang untuk kami memohon ampun atas dosa-dosa kami, memberi kami peluang untuk bersembahyang dan berdoa di rumahNya..memberi kami peluang untuk menjejakkan kaki ke tempat-tempat bersejarah dalam Islam, memberi kami peluang berada di bandar Rasul, memberi kami peluang untuk merasai nikmat berada di sana seperti yang banyak saya baca di blog-blog mereka yang telah ke sana, dan merasai juga keseronokan yang kami dengar selama ini dari mereka-mereka yang sudah ke sana...dan andainya kami di duga di sana, saya panjatkan doa agar dipermudahkan dan dikuatkan semangat kami untuk menghadapi dugaan itu...Amin..
13 comments:
Semoga semuanya selamat dan selamat beribadat, kalau bagitau sebelum pergi nak jugak mintak doakan apa2 hehe..
Alhamdulillah...
Semoga perjalanan pergi dan balik Marie suami isteri mendapat perlindungan dan keberkatan daripadaNYA..
aminn
semoga di permudahakan semuanya puan! Seronok nyer dapat jadi tetamu nyer..teringin sgt nk pergi..
Sweet Marie,by now you and hubby be performing the Umrah,Uncle and Aunty tak pernah lupa doakan yang semua akan berjalan gan baik dan selamat kembali.INSYAALLAH. I am so proud of you. Nanti bila dah selamat kembali ke rumah dan masuk kerja and baca this comment you will know that you are always on our mind. Salam dari Uncle and Aunty di Penang.
insyaAllah moga selamat semuanya dan mendapat umrah mabrur.
beautiful cities semua yang datang mahu datang lagi - rindu
Salam Maria...
selamat pergi dan kembali ya...
moga amal ibadahmu mendapat keredhaan Allah, amin.
Salam Maria...
selamat pergi dan kembali ya...
moga amal ibadahmu mendapat keredhaan Allah, amin.
Alhamdulillah...Tahniah marie telah dijemput kesana.Moga dipermudahkan segala urusan.amin...
mesti perasaan sebelum pergi seronok+risau ek...
Alhamdulillah..
doakan semoga kami dapat pergi pula suatu hari nanti.. Amin..
Hello Marie, good for you having made your pilgrimage to Mecca.
I believe every Muslim must try or make this pilgrimage at least once in their life.
With all best regards.
Lee.
Hi Marie, I da comment sini yesterday....
Best regards.
Lee.
Ps, da comment previous posting, ha ha.
Welcome home :)
Hi Marie, so glad that you and your hubby are home safely. How was your trip?
Have a great week ahead.
Best regards
Post a Comment