Friday, April 3, 2009

Pokok-pokok Saya

Dah lama dah tak tunjuk gambar pokok-pokok kat laman rumah...pagi tadi b4 pi kerja, sempat snap-snap gambar pokok-pokok tu..

so tengok ajelah ye...

ni kiambang...tak tau sama ada perlu letak baja ke dlm air ke supaya dia hijau mekar...ni dah start kunin-kining..or maybe sebab dah banyak sangat pulak, masa mula dulu, 5 ketul aje..kejap aje dia beranak pinak..tapi kalau letak baja dlm air tu..tak mati ke ikan-ikan dlm tempayan tu..any idea..

Ni pokok mangis kacukan kat depan umah...mula tu ingat nak beli pokok mangga, tapi jiran kiri kanan dah beli pokok mangga..takpelah, kami beli mangis..boleh tukar2 buah nanti..itupun kalau berbuah lah..tapi kata tukang jual tu, pokok kacukan ni, tak tinggi tapi banyak buah..kita tunggu dah lihatlah setahun 2 lagi..

Yang ni pokok limau purut..psst! ambik daun pokok ni lah buat asam pedas ikan pari tu...belakang pokok limau purut ni, yg dah berbuah tu, pokok limau kasturi...nanti senanglah nak minum teh ais limau satu!!!..

Ni pokok palma and pokok bunga kepit udang...tapi tak kuar2 pun bunganya lagi...ada 3 pasu semuanya sebab semua jenis2 lain...ni kalau berbunga ni, cantik..

hah ni lah pokok ulam raja yang telah berjasa tu..memang hari-hari petik daun dia buat makan dengan budu..sedap ooo....

Ni daun pandan saya..dulu kecik aje, daun pun 5-6 helai aje...ni dah besar sikit...tapi jarang pulak pakai sebab lama dah tak masak nasi lemak..

ni pokok bunga melur saya..saiz masih duk kecik macam tu cuma bunga memang merimbun, hari-hari jugak anak2 kutip bunga bubuh dlm keta...tapi hari-hari juga dia berbunga semula...bagus kan..

ni lagi satu pokok ulam raja..tapi yg ni tak pernah ambik daun makan lagi sebab dia kecik lagi...tapi tak lama lagi bolehlah merasa hasilnye tu..

yang sebelah ulam raja tu, pokok bunga hydragea..bunga ni memang cantik and penat saya pi 3 nurseri nak cari pokok ni...nasib baik jumpa..tapi pokok ni lambat nak berbunga..tak sabar nak tunggu kuar bunga ni..kat rumah nenek hubby saya, tangan dia sejuk kot..kemain segar bungar lagi bunga ni kat laman rumah..geram oooo..

hah ni..ulam pegaga..masa ambik dulu, daun kecik2 aje..tokey nurseri tu tak jual pun, dia kata, nak ambiklah..tapi kejap aje dia mencambah segar bugar...hijau2 daunnye...weekend ni kena alih ke pasu kedua, sebab dah penuh pulak dalam pasu ni..yang ni pun dah merasa hasilnye..sedap ooo...ni kalau saya tak awet muda jugak, tak taulah..hari2 dah mcm kambing ni dok makan ulam..

ni bunga lavender tapi apasal dia tak wangi mcm parfum lavender tu ye...ni bunga2 dia dah nak gugur dah...minggu lepas cantik2..purple gelap semuanye..tapi tokey nurseri tu kata nanti bila bunga dia dah gugur, gunting cabang2 tu, nanti dia tumbuh balik bunga-bunganya..

Saya ni dulu amatlah tidak pernah ambik pot dgn hal pokok-pokok ni..satu-satunya pokok yg pernah saya tanam ialah pokok kekwa masa darjah 5..itupun sebab cikgu suruh tanam..tapi pokok kekwa tu berbungalah sekuntum dua..tapi sejak duduk kat rumah atas tanah ni, jadi sewel sekejap nak bercucuk tanam...ni kalau dpt beli corner lot ni, mesti lagi banyak yg boleh ditanam ni...

sejak bercucuk tanam ni...and kebetulan hubby pun suka..memang almost every weekend ada aje pokok yg kami beli dari nurseri..paling2 tidak..pi beli pasu...ni ada 2 pasu yg takde pokok lagi..

ada jugak pokok cili tapi dah layu pulak lepas hubby pi tuai habis buah-buah cili tu..merajuk kot sebab tuan dia rebat semua hasil dia..

2 comments:

Adam Azhar said...

dear miss N.M.,i have a lot of plants in my house too.I will show them to you when i am free

N.M.Ibrahim said...

hai adam...I'm waiting for your n3 about your plants ok..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...