Wednesday, November 30, 2011

adegan yang menyejukkan hati...

tengah hari tadi aku ke post office alamanda...punyalah ramai orang dlm post office tu...

sementara nak tunggu turn aku, aku kuar beli auntie anne pretzel tu and patah balik ke post office...

aku duk kat luar post office tu..ada 2 kerusi menunggu mengadap Blackberry punya kiosk...

sambil-sambil aku makan pretzel tu...mata dan telinga aku curi-curi kucing dengar pakcik tua dah, lebih tua dari ayah aku dah..aku rasa umur dlm 65 above tu...

pakcik ni tengah berborak dengan sorang anak muda yang handsome, tinggi, badan cantik (sempat lagi tu kan..), bergaya and rugged sangat...

aku rasa cukup suka dengan anak muda ni sebab dia bersungguh-sungguh dengar cerita pakcik tu, siap membongkokkan badan dia ke arah pakcik tu, mata dia betul2 ke mata pakcik tu...kalau korang ada kat sana, memang korang akan nampak betapa sincere dia bercakap dengan pakcik tu dengan sepenuh attention..sampai kan aku ingat, ni atuk dengan cucu ke...

tapi aku tau bukan sebab pakcik tu tanya anak muda tu...ni asal dari mana..aku dengar dia jawab, dia orang perak...sejuk perut mak anak muda tu kan...lepas tu aku angkat punggung dah sebab aku tengok masih banyak lagi number nak tunggu turn aku, confirm tak sempat masa lunch ni, tinggal 10 minit lagi kul 2 ..so aku langkah kaki aje lah balik ke ofis..

tapi dalam aku melangkah tu, aku berdoa agar satu hari nanti Adam dan Johan pun macam tu, pandai berkawan dengan orang tua, pandai hormat orang tua...amin...

p/s: aku tak taulah kalau pakcik tu ada anak dara cun ke yang mamat tu berminat...berat hati aku kata, anak muda itu ikhlas, takde kes udang di sebalik meee ye...

Sunday, November 27, 2011

cuti sekolah

cuti sekolah dah seminggukan...dah seminggu jugaklah si kembar tu kat kampung..

asal depa balik kampung sebab penjaga depa cuti seminggu...and aku pulak kursus kat Uniten Bangi tu, kursus Ketua Audit ISO...ada exam lagih...

patut minggu ni depa balik ke Nilai...

tapi telah mengemukakan rayuan utk stay lagi..kalau boleh nak stay kampung sampai habis  cuti sekolah...

almaklumlah...kat sana kan macam2 aktiviti luar boleh buat kan....paling best main air lah musim2 hujan nih...

and tambah pulak dah dirasuah dgn atuk nenek kan..

maka ye tinggallah kami dok hang tengok aku, aku tengok hang...ha haha..

Tuesday, November 15, 2011

Obesiti...Malaysia Boleh...

KUALA LUMPUR: Malaysia menduduki tempat pertama di kalangan negara ASEAN dari segi paling ramai rakyatnya memiliki obesiti dan tempat keenam di kalangan negara Asia Pasifik, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata perkara ini perlu diberi perhatian semua pihak.

"Kita serius diancam dengan pengambilan gula berlebihan yang menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah diabetes," katanya semasa menjawab soalan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong).


Dr Tan ingin tahu tahap penggunaan gula berlebihan di Malaysia berbanding negara lain dan tindakan yang diambil kepada sesiapa yang melanggar peraturan yang ditetapkan.

Rosnah berkata, kadar pengambilan gula di kalangan rakyat Malaysia adalah terlalu tinggi iaitu purata 51 gram, melebihi saranan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 50 gram.

Katanya, sebanyak 1,266 sampel makanan dianalisis pada 2009 untuk bahan pemanis di mana 7.3 peratus atau 92 sampel didapati melanggar standard yang ditetapkan.

"Manakala pada 2010 sebanyak 2,004 sampel makanan dianalisis di mana 5.4 peratus bersamaan dengan 108 sampel didapati melanggar standard ditetapkan," katanya.

Mengenai tindakan, beliau berkata, selain tindakan mahkamah yang diambil terhadap pihak industri, kerajaan juga mengeluarkan amaran kepada seluruh negara untuk memaklumkan produk yang melanggar Peraturan-peraturan Makanan 1985 yang tidak dibenarkan.

"Tindakan pihak kementerian adalah dengan melaksanakan pengambilan sampel dari semasa ke semasa untuk memastikan makanan yang dijual di pasaran adalah terdiri daripada makanan yang selamat dimakan," katanya. - BERNAMA

ok...lepas baca berita ni...adalah aku rasa nak tarik2 rambut meraung-raung cam filem Ibu Mertuaku ye...

sebab apa....tauuuuuu.....

sebab aku salah sorang yang menjadikan statistik itu begitu....waaaa!!!!

aku perlu melakukan sesuatu...(kau kalau tak bercakap banyak boleh tak Marina...dari dulu lagi, kena lakukan sesuatu...tapi haram sampai hari ni, satu gram lemak kau pun tak jugak susut-susut tau...)

Friday, November 11, 2011

Spender + Tandas + hantu....

kisah spender si kembar lagi...

adam merungut kat aku pagi tadi..."ibu, polan (nama kawan dia) kan dia kata kat adik, apasallah spender adik ni semua ada gambar aje..."


"yelah ibu, polan pun kata spender abang asyik ada gambar karton aje..."..Johan pulak tambah..

"aik...macamana pulak polan tau spender korang ada gambar..korang pi tunjuk spender kat dia ke?"

"yelah....kat toilet lah.."

"buat apa pi tunjuk spender kat polan dlam toilet pulak..."..weh, cuak jugak aku tau ...


"tulah...abang dah suruh dia tunggu kat luar toilet tu...tapi dia nak masuk sekali jugak dlam tu...dah abang bukak lah spender sebab abang nak kencing kan...tu yang dia nampak tu..'

"laaaa...apasal pulak dia masuk sekali...kenapa dia tak nak tunggu kat luar aje..."

"apalah Ibu ni..ibu tak tau ke, kat toilet kat sekolah tu ada hantu tau..."..adik pulak nyampuk..."dia takutlah duduk kat luar tuh..."

ish...aku ingat time aku sekolah rendah aje cite hantu kat toliet ni ada...rupanye sampai sekarang pun hantu + toilet sekolah tak dapat dipisahkannye...

tapi seriuslah..time aku sekolah rendah dulu, seingat akulah, aku pernah pi toilet sekolah 3 kali aje selama 6 tahun aku sekolah kat situ..kes takut hantu punya pasal lah....and yang pasti, memang aku suruh kawan aku masuk sekali dalam toilet tu..tapi dia kena pandang pintu ajelah..he he he..

Friday, November 4, 2011

salam Aidiladha

ok...selamat menyambut hari raya korban pada semua ye..

selamat bercuti...

aku patut dah cuti hari ni, tapi cancel cuti sebab ada hal pulak kat ofis...

pastu berangan nak balik kul 5.30 pm..tapi sudahnya...dok kat opis lagi ni...dah kul 7 malam dah ni...

suami aku pulak baru tepon, patut plan nak balik petang esok lepas kelas dia...tapi dia cancel pulak, nak gerak malam ni...

aku tak kemas satu benda pun lagi kat rumah tu...tapi takpelah, nak balik  kpg punya pasal, aku sumbat ajelah dlm luggage kan...

mak cik aku pesan suruh beli cokelat berry kat bangi..confirm aku dah tak sempat dah..

ok..chow dulu...minta maaf ye..

Thursday, November 3, 2011

Be in other people's shoes

kan kalau kawan-kawan kita ada masalah kan, kita suka nak sedapkan hati depa and cakap.."i understand how u feel.." or cakap orang muda2 sekarang.."i feel u.." (sungguh bahasa sms kan...he he he)..

tapi aku nak cakap jugak (utk diri aku sendiri jugak nih...) sebenarnya kita cannot..cannot understand apa yang orang tu rasa sampai kau duk dlam masalah tu sendiri..

sebab tu aku, kalau orang mintak nasihat pasal putus cinte ke, aku boleh lah kasi sepatah dua (ye ke sepatah dua..he he he)...sebab aku pernah alami perasaan putus cinta tu....so aku pernah be in that shoes...

tapi bila orang cerita pasal masalah rumah tangga, suami tak setia, suami ganas, suami itu ini...tapi dia tak jugak sanggup nak berpisah dengan suami dia...aku macam speechless sikit nak kasi nasihat...kalau ikut cowboy aku, memang aku suruh mintak cerai aje...tapi kan tak pasal2 aku pun dapat habuan meruntuhkan masjid orang kan..aku nak suruh dia sabar, aku pun kesian jugak tengok memang dah lama dia sabar...dia cukup sabar dok melayan kerenah suami tu, mikirkan mak ayah lagi, mikirkan masyarakat lagi...macam2 lah dia nak pikir...

tapi tulah, aku tak tau nak cakap cam mana sebab so far aku tak pakai lagi 'kasut' tu (mintak jauhkan lah)....maybe skrg ni, memang lah aku cam confident aje boleh cakap.."alah, u mintak cerai aje...u ada kerja, u muda lagi..apa u risau..kalau I lah, lama dah I angkat kaki dengan anak2 I.."...cheh, tu senanglah aku "ingat" aku nak cakap kan..sebab apa, sebab aku tak pernah rasa masalah tu..cuba kalau Allah betul2 duga aku, kasi aku masalah tu...tak terlentang aku?...

ha ...sebab itulah kalau hal2 rumah tangga ni , aku biasanye senyap ajelah...nak cakap pun tak reti...cuma jadi pendengar ajelah...aku tak de solusi sebab aku tak arif..maybe aku kena suruh dia rujuk ustaz atau ustazah kan..

lagi satu aku nak cakap..hal miskin kaya ni...kalau kita ni selamanya lahir-lahir aje memang dlam silver or gold spoon kan...janganlah berangan kau nak merasa betapa sakitnya miskin itu, betapa bernilainya duit hatta seposen pun...sebab apa?... sebab kita tak pernah duk dlm kasut tu...kau bolehlah bercakap berdegang-degung, yang kau faham apa rasa orang miskin...tapi realitinya...bull shitlah..

kau try hidup sebulan beratapkan langit, berlantaikan tanah...minggu air paip masjid tiap2 hari...perut setakat kenyang dengan air kosong aje or adalah sisa-sisa makanan kat belakang restoran...kau try buat..pastu kau try bawak pulak anak bini kau hidup cam tu...aku rasa silap-silap 2 hari pun kau tak tahan dah...

sebab tu, bila ada orang susah, kau jangan sesuka hati kau aje label dia pemalas ye...kau pernah rasa junjung sijil kau masuk opis kuar opis cari kerja..or maybe kau punya mak ayah tak mampu pun nak hantar kau pi sekolah nak dpt sijil tu..maybe sijil yang kau ada cuma sijil surat beranak aje...

so, kalau kau dah bernasib baik tu, bersyukurlah...

aku tak mintak kau faham apa yang orang miskin rasa sebab aku tau, memang kau tak akan faham pun sebab kau tak pernah miskin, tapi aku minta kau bersyukur dengan rezeki kau..jangan cakap besar boleh..kalau kau nak cakap besar pun, boleh jauh2 sikit tak, jangan dok berbunyi langau kat tepi telinga aku ye..buat aku rasa nak muntah atas muka kau adalah...hishhh....

lagi satu kau kena ingat..kau jangan ingat hari ni kau kaya, esok lusa kau kaya ye...and kau jangan ingat hari ni orang tu susah, esok lusa pun dia susah....sebab tu bila berjalan, tengok ke bawah sesekali sekala..jangan asyik dok memandang langit aje..kan tersepak batu, sedar2 kau dalam longkang dah....ha ha ha..

ok sekian tazkirah utk diri aku dan keluarga aku juga...

sorry je aku merempang tengah hari nih..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...