Tuesday, November 15, 2011

Obesiti...Malaysia Boleh...

KUALA LUMPUR: Malaysia menduduki tempat pertama di kalangan negara ASEAN dari segi paling ramai rakyatnya memiliki obesiti dan tempat keenam di kalangan negara Asia Pasifik, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata perkara ini perlu diberi perhatian semua pihak.

"Kita serius diancam dengan pengambilan gula berlebihan yang menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah diabetes," katanya semasa menjawab soalan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong).


Dr Tan ingin tahu tahap penggunaan gula berlebihan di Malaysia berbanding negara lain dan tindakan yang diambil kepada sesiapa yang melanggar peraturan yang ditetapkan.

Rosnah berkata, kadar pengambilan gula di kalangan rakyat Malaysia adalah terlalu tinggi iaitu purata 51 gram, melebihi saranan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 50 gram.

Katanya, sebanyak 1,266 sampel makanan dianalisis pada 2009 untuk bahan pemanis di mana 7.3 peratus atau 92 sampel didapati melanggar standard yang ditetapkan.

"Manakala pada 2010 sebanyak 2,004 sampel makanan dianalisis di mana 5.4 peratus bersamaan dengan 108 sampel didapati melanggar standard ditetapkan," katanya.

Mengenai tindakan, beliau berkata, selain tindakan mahkamah yang diambil terhadap pihak industri, kerajaan juga mengeluarkan amaran kepada seluruh negara untuk memaklumkan produk yang melanggar Peraturan-peraturan Makanan 1985 yang tidak dibenarkan.

"Tindakan pihak kementerian adalah dengan melaksanakan pengambilan sampel dari semasa ke semasa untuk memastikan makanan yang dijual di pasaran adalah terdiri daripada makanan yang selamat dimakan," katanya. - BERNAMA

ok...lepas baca berita ni...adalah aku rasa nak tarik2 rambut meraung-raung cam filem Ibu Mertuaku ye...

sebab apa....tauuuuuu.....

sebab aku salah sorang yang menjadikan statistik itu begitu....waaaa!!!!

aku perlu melakukan sesuatu...(kau kalau tak bercakap banyak boleh tak Marina...dari dulu lagi, kena lakukan sesuatu...tapi haram sampai hari ni, satu gram lemak kau pun tak jugak susut-susut tau...)

4 comments:

pizli.mw said...

Rosmah Mansor pun obese. Apa adahal.. Haha..

Anonymous said...

Marie,uncle tak tahu for once how to comment ahahahahaha,all i can say is how badly do you want it and i know you can do it,kalau nak buat start NOW,not 2moro,not in future,sebab its all in the mind,the body only gets big sebab the mind tells it to and who is the master of the mind YOU,jangan plak ikut size Uncle sebab pesakit Big C in remission mesti ada lemak sikit so bolih tahan the treatments,but you no excuse ok not that i think you are overweight Uncle tengok gambor ok aje but can be a little better and bila menari tango tu bolih lah acrobatic kit betul tak,its how badly you want it,but do it gradually with proper guidance from experts so the weight loss is healthy way.Jangan marah ye Uncle cuma pening sikit nak comment kali ni ahahahaha,just take what i say kalau yang baik kalau tak setuju,jangan marah nanti Sweet Marie contact Azwa Uncle kena saman pulak hehehehe Salam maaf kalau terlebih comment dari Uncle AL

marie said...

Pizli....dia lain....he he he...

marie said...

Uncle....aduhlah, saya baca comment azwa kat blog Lee, mak aiii...dia dah turun 10 kg tu...habislah uncle, sure lupa lirik boria lah bila jumpa dia nanti, tengok dia lenggang pakai kebaya..habislah uncle...baik uncle bawak ajelah bendera putih...ha ha ha..

and saya terus rasa nak kena makan biskut kering aje nih....pengsan lah..tabik spring lah kat azwa...

nanti Uncle jumpa dia, report saya ye..he he he

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...