Monday, January 5, 2009

Tag-16 Perkara Rawak


Syarat dan peraturan:
1. Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh, ataupun hala tuju hidup anda.

2. Silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini.

3. Sila tanda manusia yang telah menanda anda diperingkat awal.
4. Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi.

Ok, ni nak jawab tag oleh cik tem, benda-benda rawak pasal diri saya ye..

1. Saya sangatlah suka tengok channel food dan Travel n living kat astro..basically, itulah yg akan saya bukak bila on tv (kalau anak-anakku dah tido, sebab kalau tak memang layan karton ajelah)


2. saya suka memasak tetapi kureng suka mengemas rumah...kalau memasak tu, mcm2 resepi nak dibuat dan saya suka membeli peralatan memasak..ada juga mempunyai impian utk membuka cafe tapi tak de masa n kemahiran lagi..dan suami saya pun memang jenis yg suka makan kat umah, tak kisahlah lauk ikan goreng n kicap pun..tetapi kdg2 saya berharap dia suka juga makan di luar seperti fast food sebab saya suka fast food..disebabkan dia tak suka makan luar, selalunya saya akan makan fast food dgn kawan di opis and selalunya dgn cik tem...partner in crime tu...


3. Saya tak suka org yg suka yek yek dgn makanan yg dia tak makan..so what kalau dia tak makan, tak bermaksud mknan itu tak sedap kan..ada aje org lain yg makan kan..so just keep your preference to urself, tak yah nak announce satu donia ni yg u tak makan ikan air tawar lah, tak makan lemak lah etc...etc..

4. Saya bukan manusia yg romantic...kahwin pun bukan dgn org yg romantik...di bandingkan antara hubby dan saya, maka lebih sikitlah keromantisan saya...

5. Suami saya bukanlah manusia yg mengingati segala date of birthday or anniversary..so jika saya hendakkan hadiah hari jadi, maka perlulah saya mewawarkan kepadanya sebulan, seminggu, sehari lebih awal akan kedatangan birthday saya or anniversary kami...tetapi saya tak pernah berkecil hati, janji dia setia..


6. saya juga pro-poligami (seperti org yg tagged saya) asalkan semua pihak dlm hubungan itu berusaha menjaga hati pihak lain...tapi ini juga tidak bermakna saya membenarkan suami saya sesenang hati buka cawangan lain ye..

7. Saya tidak suka membeli bag tangan atau kasut...selalunya saya akan pakai yg ada sehingga lunyai, baru di tukar..tetapi saya amat suka memberi benda hiasan kecik2, comel2 dan barang-barang utk anak-anak saya...kesemua mainan anak saya adalah hasil pembelian saya, suami saya tidaklah pernah membeli mainan utk anak kami sebab katanya, saya dah banyak beli...


8. Saya mengimpikan peluang utk round the world dgn hubby saya selepas pencen nanti...masa tu boleh honeymoon semula..tempat yg teringin saya nak pi sangat ialah Switzerland, Japan, italy and New Zealand

9. Saya amat sukakan cheese..tak kisahlah apa makanan pun (yg halal ye) asalkan ada cheese, cukup membuka selera saya..sekiranya saya ketagih cheese tetapi terasa malas utk memasak lasagna or pizza ke, maka saya akan letakkan sekeping cheddar slice ke atas roti gardenia, dan bakar di dalam sandwich maker n makan ketika cheese itu panas-panas, cair gitu..sedapppp...

10. Saya amat rapat dgn ibu saya.....dialah tempat saya meluahkan masalah saya...I love u Mama...love u very much..with all my heart..tidak dpt saya bayangkan mcm mana hidup saya tanpanya..waaa!!! sedihnya..saya juga ingin membawa kedua ayah dan ibu saya mengerjakan haji bersama saya apabila ada rezeki nanti


11. Saya tidak suka dgn manusia yg control ayu or control hensem..memang sakit di mata dan sakit di hatilah...dan manusia yg cantik pada saya ialah yg berperangai cantik, kalau muka macam miss world pun, tapi perangai tak semengah, memang tak cantiklah di mata saya...

12. Saya tidak pandai berenang tetapi saya amat ingin berenang seperti mermaid...senaman yg saya boleh buat hanyalah aerobik dan jogging..tiada satu pun permainan sukan yg saya tau main..teruk kan gaya hidup saya..tak sihat langsung...


13. Dulu sebelum kahwin, saya amat suka membaca novel love story esp. yg ala2 time travel tu tapi sekarang ni saya lebih suka novel berkenaan kehidupan, kasih sayang manusia..semasa di DPA, saya suka sangat baca novel John Grisham...


14. Antara cita-cita yang pernah saya ada dlm hidup saya ialah cikgu n doktor (zaman tadika dan sekolah rendah), arkitek dan quantity surveyor (sekolah menengah) dan saya juga pernah berangan untuk menjadi seorang photographer tetapi akhirnya saya berkhidmat dgn kerajaan..saya tidak menyesal dgn perjalanan hidup ini..


15. Makanan kegemaran saya dan hubby ialah ayam masak merah...masa baru-baru kahwin, itu adalah menu wajib setiap minggu..dan saya suka mencuba makanan baru tetapi tidak suami saya..kebanyakan makanan baru yg dia rasa adalah hasil desakan saya...termasuk sushi..skrg dia amat suka sushi dan tempura...


16. wah akhirnya ke-16, saya menyayangi kehidupan saya walaupun ada pelbagai kisah duka yg berlaku dahulu (kes putus cintalah ni) tapi saya bersyukur akhirnya saya bertemu dgn suami saya, walau pun saya ni garang, tapi dia malas nak layan saya maka terpaksalah saya kurangkan garang saya...

Ok..saya nak tag org-org berikut:

1. amoi kee
2. ct nur
3. husni
4. adie
5. catz
6.haslina
7. puteri
8. shah

9. mimie

6 comments:

Faina Arisya said...

uwaaaaa... banyaknya nak kena wat... esok2lah yer.. hehheheh.. nak kena perah idea dulu..

ummie said...

wah banyaknya.... orang buat ikut suka berapa nak list... nur pun termasuk ke... aaaa....ada apa2 ke... terengganu sibuk sekarang nak pilihanraya...dok sempat nak perah otak

ummie said...

wah banyaknya ....kenapa tak biar sampai 20... nanti banyak cokodaknya... selamat tahun baru

ummie said...

payahlahh nak hantar comen ni dari tadi dok masuk2...guanelah. 16 perkara rawak tu gapo dia... benda hok betul ke atau yg mengarut...

marie said...

lina...jgn lupa buat ye, biarlah lambat sikit pun tak pe

marie said...

umie...jgn lupa balas tag tau..citelah apa2 pasal nur atleast 16 perkara

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...