Tuesday, April 12, 2011

pantun lama

aku suka dengar orang berpantun..tapi aku tak reti berpantun..setakat pantun pisang emas di bawa belayar tu, bolehlah..

ni semua pantun aku dpt dr google blog-blog pasal pantun...

Yang kurik tu kundi

Yang merah saga
Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa

Payah kami bertanam padi
Nanas juga ditanam orang
Payah kami menabur budi
Emas juga dipandang orang

Pulau tinggi terendak cina
Nampak dari Pasir Sibu
Tuan pergi janganlah lama
tidak kuasa menanggung rindu

~ pelayaran Abdullah

Anak punai, anak merebah
Hinggap di tonggak mencari sarang
Anak sungai lagikan berubah
Inikan pula hatinya orang


Keris di atas batu
air menjulang buih
seribu dagang lalu

berapa yang menoleh?

~ Usman Awang


Bunga melati bunga di darat
Bunga seroja di tepi kali
Hina besi kerana karat
Hina manusia tidak berbudi

2 comments:

Lee said...

Hi Marie....long ago I used to date Malay women, and to compete with the handsome Malay Romeos, I had to get my Pakcik friends teach me pantun. As well bought couple of pantun books, ha ha.

So bila bawa bulan terang, saya lepas handbrake, I lepas my pantun......to a sarong kebaya maiden.

Orang berlayer lautan ambung,
Patah tiang timpakemudi.
Putus benang boleh disamung,
Patah arang suda sekali.

Terbakar kampong kelihatan asap,
Terbakar hati siakah tahu.

Dahlia merah penyeri meja,
Meja hiasan tuan puteri.
Masa lapang rebutlah segera,
Zamun muda cuma sekali.

Have a nice day Marie, and keep a song in your heat.
Lee.

marie said...

wahhh bravo..bravo Lee...

terror betul u berpantun ye..can imagine how the sarong kebaya maiden 'melt' under the cahaya bulan...

tapi tulah, bahasa orang lama ni, cantik dan halus kan..sebab bahasa melambangkan bangsa kan..I believe all the other language pun mcm tu..mcm shakepeares english tu..penuh puitis kan...

tapi skrg ni, bahasa dah tak begitu halus dah...anak2 i punya vocab pun boleh buat nenek I pengsan tau..

see u Lee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...