Thursday, April 7, 2011

Sesekali bila diingati..

sesekali...selepas 8 tahun...

tiba-tiba menerima sms atau friend request dari bekas-bekas student...

terasa seronok sgt..dan terharu (aku ni mmg kuat benor rasa terharu...)..

walau sempat mengajar mereka utk setahun aje...(time ni jadi cikgu sandaran kejap)

tapi ingatan mereka selepas 8 tahun ini..membawa banyak erti pada saya...

sebab tu saya suka jadi cikgu...seronok bila dpt berita mereka dah berjaya ke universiti...

ada yg dah bekerja.. ada yang jadi engineer, quantity surveyor, ada yg jadi cikgu...semua menjadi orang yang baik-baik...dulu yang nakal sgt pun dalam kelas, dah berjaya jugak...

seronok sangat...

dan mulalah saya teringin semula cikgu-cikgu saya dr yang mengajar di tadika..hingga ke universiti..

semoga semua mereka di rahmatiNya..dan juga bagi semua cikgu Chinese saya, auntie shirley (cikgu tuition standard 5), Mrs. Lim dan lain-lain jugak berbahagia tak kira di mana mereka..

p/s: feeling lelebih sebab baru tengok FB sekolah rendah..banyak gambar kenangan..dan baru terima sms dr ex-student hari selasa malam...

2 comments:

pizli.mw said...

Heheeh.. takpe, sekali-sekala..

marie said...

tu lah pizli...seronok kan bila diri dihargai...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...